Sunday, February 13, 2011

Sangat sukar hidup ini

Kadang kadang , aku suka cari something . apa yg aku ada tapi orang lain tak ada . aku suka mcm tu , aku suka jadi laen dari yg laen , tipu laa ekk lau korang tak de prasaan mcm tu jugakk kan ..
Jadi aku sama mcm korang dan korang sama mcm aku .
jadi aku masih lagi sama dengan org laen . dalam permainan ini , aku dah kalah ...

Tapi tak pe , aku cuba cari , aku cuba cari dan aku masih lagi akan cuba mencari ,  tak salah kan ?

Bila aku penat , aku berehat jap , dan aku mula memerhati  sekeliling , lihat gelagat manusia , berlainan rupa , berlainan gaya .

Toleh kanan , sekumpulan budak yang kebanyakannya berjaket kulit , skirt ,
dan lutut yang sememangnya tidak lawa , mereka nampak happy , mereka bergelak ketawa .

Toleh kiri , sepasang couple , nampak indah , mereka mungkin sekali sedang bercerita
tentang apa yang mereka rasa , mereka kongsi , setiap perkataan yang disebut dan setiap
sentuhan yang ada , terasa hangat dan indah . Ketika bercinta , semuanya indah bukan ?

Toleh depan , seorang demi seorang lalu , wajah mereka , nampak kosong , nampak murung ,
ada juga yang senyum , ada juga yang seperti terkejar-kejar .

Dan aku mula berfikir, melihat mereka , mencerminkan diri aku sendiri , aku sama sahaja . 

Kadang kadang , dalam sesuatu waktu , aku juga akan mempamerkan wajah wajah yang mereka
pamerkan .

Kita manusia tak banyak beza , kan ? Kita persoal kan semua yang terjadi . Kenapa aku tak jadi macam
dia ? Kenapa aku tak dapat ini , tak dapat itu , huhh !!

Kita mula rasa hidup ini tak adil , kita mula persalahkan Tuhan , tapi pernah kita fikir tentang mereka yang jatuh teruk daripada kita ? Pernah ?

Kita manusia , kita hamba , kita akan sentiasa jadi hamba , badan ini hanya sementara , segala-galanya hanyalah sementara , bukan ?

p/s : mungkin aku tak layak untuk mengatakan ini kerana aku sering terlupa , dan aku tahu korang jugak sering terlupa .

No comments:

Post a Comment